BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA

Pengenalan

Pertanian merupakan kegiatan mengusahakan sesuatu kawasan untuk memperolehi hasil tanaman dan ternakan secara maksimum. Kini hasil pertanian merupakan bahan eksport dan bahan mentah yang sangat penting untuk industri pembuatan.
Sektor estet adalah bercorak komersial, berorientasikan eksport dan diuruskan dengan baik. Hampir 60% kawasan pertanian di negara diusahakan oleh pekebun kecil namun sektor itu masih kurang maju.
Sektor pertanian dijangka bersifat dinamik melalui penggunaan teknologi tinggi dan terkini.

1.1 Kepentingan Pertanian Di Malaysia

1.1.1 Pengeluaran bahan makanan

Pertanian merupakan sektor yang membekalkan makanan kepada
negara untuk :
@ memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk
@ mengurangkan kos mengimport bahan makanan
@ memenuhi keperluan keselamatan negara

1.1.2 Pengeluaran bahan mentah
Sektor pertanian mengeluarkan pelbagai bahan mentah untuk diproses oleh industri-industri lain

1.1.3 Pendapatan eksport
Jualan hasil getah, kelapa sawit, koko serta hasil-hasil pertanian lain kepada negara-negara luar membolehkan negara menambah pendapatan wang asing

1.1.4 Peluang pekerjaan
Peluang pekerjaan dalam sektor pertanian melibatkan ramai tenaga mahir yang terlatih dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

1.2 Tanaman dan Ternakan di Malaysia

1.2.1 Jenis tanaman

a. getah
Merupakan tanaman yang membekalkan bahan mentah kepada industri pembuatan produk getah dan industri perabut.
Kawasan utama penanaman getah ialah di kaki bukit dan tanah pamah beralun di sekitar pantai barat negeri Perak, Johor, Pahang dan Perlis, pantai barat Sabah dan kawasan lereng bukit dan lembah sungai negeri Serawak
b. koko
Malaysia merupakan pengeluar koko keempat terbesar dunia. Tanaman koko mempunyai masa depan yang cerah dengan penggunaan klon berhasil tinggi dan amalan agronomi yang teratur dan tanah yang sesuai. Antara kawasan utama tanaman koko negara ialah di Bagan Datoh di Hilir Perak, Kuala Selangor dan Sabak Bernam, Sandakan dan Tawau Sabah.
c. Kelapa sawit
Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan pengantungan kepada tanaman getah dan ia merupakan sumber pendapatan negara yang penting.
Antara kawasan utama kelapa sawit di Malaysia ialah Rancangan Johor Tenggara dan Johor Selatan, Jengka di Pahang, Terengganu Tengah , Sandakan, Lahad Datu dan Tawau Sabah
d. Kelapa
Hampir 96% daripada kawasan kelapa di Malaysia diusahakan oleh pekebun kecil. Antara kawasan utama kelapa di Malaysia adalah Sabak Bernam Selangor, Teluk Intan Perak, Kuching dan Mukah Serawak dan Lahad Datu, Tawau dan Kudat Sabah.
e. Padi
Merupakan tanaman makanan terpenting negara. Kawasan penanaman padi meliputi kawasan kaki bukit dan tanah pamah yang beralun di sekitar pantai barat Semenanjung seperti Johor, Perak, Pahang dan Kedah-Perlis, pantai barat Sabah dan kawasan lereng bukit serta lembah sungai di Serawak.
f. Sayur-sayuran
Kebanyakan kebun sayur diusahakan oleh pekebun kecil. Sayur-sayuran yang memerlukan iklim sederhana di tanam di Cameron Highlands
g. Buah-buahan
Sektor penanam buah-buahan mempunyai potensi kerana mempunyai permintaan yang tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport. Durian merupakan buah yang paling bayak diusahakan. Antara kawasan utama ialah durian di Parit, Batu Kurau, Bukit Gantang Perak, Rambutan di Pulai Pinang dan Muar Johor, limau bali di Ipoh Perak.
h. Teh
Teh boleh dikelaskan kepada teh tanah pamah dan teh bukit. Estet teh tanah pamah terletak di Johor, Bukit Cheding dan Banting. Teh bukit pula diusahakan di Cameron Highlands, Kundasang dan Ranau Sabah.
i. Tebu
Kawasan penanaman utama tebu ialah di Kedah dan Perlis. Perusahaan tebu negara tidak meluas kerana faktor iklim
j. Kopi
Kopi Robusta terdapat di Kedah manakala kopi Arabica ditanam meluas di Cameron Highlands. Tiga kopi yang diusahakan secara komersial ialah kop[i Arabica, Kopi Liberica dan kopi Robusta.
k. Bunga-bungaan
Dikenali juga sebagai florikultur. Industri ini merangkumi pengeluaran orkid dan tanaman hiasan di tanah rendah. Perkembangan industri ini bergantung pada pengaplikasian keadah pertanian berteknologi tinggi serta kemudahan pengendalian dan pengangkutan.
Cameon Highlands banyak ditanam tanaman bunga iklim sederhana, orkid pula banyak di dataran rendah Johor, Perak dan Selangor.
1.2.2 Ternakan
Penjana pertumbuhan ekonomi yang ketiga penting di negara ini.
a. Lembu dan Kerbau
Malaysia terpaksa mengimport sebahagian besar daging dan susu kerana pengeluarannya tidak mencukupi. Kawasan utama lembu dan kerbau diternak ialah Kedah, Kelantan, Sabah dan Pahang
b. Kambing dan biri-biri
Bekalan daging kambing dan biri-biri masih lagi tidak mencukupi dan sebahagian besar dari keperluannya diimport.
Kawasan utama kambing dan biri-biri ialah Kelantan, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan
c. Ayam dan itik
Kawasan ternakan ayam utama ialah Seberang Perai Pulau Pinang, Selangor dan Johor. Penternak swasta mengusahakan secara besar-besaran dengan menggunakan teknologi yang moden. Malaysia telah mengeluarkan daging ayam dan telur yang melebihi dari keperluan.
d. Khinzir
Kawasan pengeluaran khinzir yang penting terletak di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Industri khinzir ialah perusahaan ternakan yang kedua penting di Malaysia. Pengeluarannya melebihi dari keperluan dan hasil selebihnya dieksport ke Singapura

1.2.3 Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
di Malaysia

a. faktor iklim
Malaysia mempunyai iklim tropika dengan suhu yang tinggi dan hujan sepanjang tahun. Tanaman beriklim sederhana terpaksa diimport untuk memenuhi permintaan
Keadaan topoggrafi juga mempengaruhi suhu misalnya seperti Cameron Highlands.
Ternakan yang diternak pula terdiri dari jenis yang sesuai untuk kawasan tropika.

b. Faktor perkembangan sejarah
Sebelum penjajah tanaman diusahakan untuk sara diri. Selepas merdeka pelbagai tanaman diusahakan.
Imigran Cina telah membawa masuk ayam dan khinzir dan imigran India membawa masuk lembu LID ke pantai barat Semenanjung Malaysia

c. Faktor ekonomi
Pasaran dan infrastruktur merupakan faktor ekonomi yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan.
Kemudahan pasaran dan infrastruktur yang baik telah menggalakkan usaha penanam dan ternakan berorientasikan eksport



d. Faktor dasar kerajaan
Selepas merdeka kerajaan telah mengatur beberapa rancangan pembangunan untuk pertanian.
Dasar Pertanian Negara (DPN) telah diwujudkan
@ DPN Pertama ( 1984-1992)
@ DPN Kedua ( 1992 – 1998 )
@ DPN Ketiga ( 1998 – 2010)
Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum dalam sektor pertanian.

1.3 Trend Pertanian di Malaysia

1.3.1 Mempelbagaikan tanaman dan ternakan
Bermatlamat untuk mengelakkan negara bergantung pada satu jenis tanaman atau ternakan sebagai punca pendapatan.
Faedah mempelbagaikan tanaman dan ternakan ialah
a. menambahkan dan mempelbagaikan sumber-sumber makanan
b. menambahkan pendapatan petani yang dahulunya hanya bergantung pada beberapa jenis tanaman atau ternakan sahaja.
c. Mempelbagaikan ekonomi negara dan meluaskan pasaran hasil pertanian
Kerajaan melalui kementerian dana agensi-agensi turut berperanan memberikan sokongan untuk memodenkan sektor pertanian dan ini dapat membantu mempelbagaikan pengeluaran tanaman dan ternakan negara.

1.3.2 Pertanian berorientasikan eksport dan komersial
Peningkatan dalam nilai sumbangan eksport bahan pertanian terhadap eksport Malaysia bertambah dari tahun ke tahun.
Sumbangan eksport tanaman utama seperti getah, kelapa sawit dan koko telah berkurangan tetapi eksport buah-buahan dan sayuran semakin berkembang dan mempunyai potensi.
FAMA dan MARDI turut berperanan memajukan sektor eksport buah-buahan dan sayuran tempatan.
Pasaran antarabangsa untuk bunga-bungaan seperti orkid, kekwa dan orkid sentiasa terbuka luas.

1.3.3 Hubung kait Pertanian dengan pelancongan
Agrotourism merupakan program pelancongan berasaskan pertanian.
Program tinggal bersama keluarga ( Homestay dan Farmstay) semakin digemari ramai di samping kolam memancing dan hutan rekreasi.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memajukan sektor agrotourism ialah :
a. menyediakan ladang komersial supaya pelancong melihat sendiri cara ladang tersebut diusahakan.
b. jalan raya perlu dibina merentasi kawasan ladang agar pelancong dapat melihat ladang yang diusahakan dalam perjalanan.
c. memperbanyakan muzium atau tanaman pertanian
d. meningkatkan promosi bagi memperkenalkan pusat agrotourism

1.3.4 Hubung kait pertanian dengan landskap
Landskap bermaksud pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalan raya dan tumbuh-tumbuhan. Pelandskapan pula merujuk kepada kegiatan meracang, mereka bentuk, melaksanakan dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia.
Kawasan yang diusahakan untuk pertanian bukan sahaja mampu memberikan hasil yang lumayan tetapi jika dirancang dengan baik kawasan itu akan mempunyai nilai estetika tersendiri.

1.3.5 Ladang kontrak
Ladang kontrak merujuk kepada perladangan secara perjanjian melibatkan dua pihak iaitu pembekal dan pengusaha. Pihak pembekal akan membantu menyediakan modal manakala pihak pengusaha akan membekalkan hasil yang dikehendaki.
Perladangan secara kontrak diamalkan apabila sesuatu hasil pertanian mengalami perubahan harga yang kerap atau kos pengeluaran hasil terlalu tinggi.

1.3.6 Penggabungan ladang kecil
Sistem pewarisan harta serta keluasan kawasan yang terlalu kecil telah dikenalpasti sebagai punca wujudnya pekebun-pekebun kecil. Pelebun kecil tidak mampu untuk :
a. mengusahakan penanaman komoditi atau penternakan haiwan
secara besar-besaran
b. mengamalkan teknologi terkini tidak berkesan.
c. tenaga buruh yang digunakan juga tertumpu kepada ahli-ahli keluarga secara sampingan sahaja.
Pendekatan ladang kelompok, ladang-ladang kecil digabungkan, agensi pertanian mengendalikan pelbagai aktiviti termasuk pembajakan dan input pertanian sementara ahli pula bertanggungjawab menjaga dan menguruskan tanamannya

1.3.7 Perhutani ( Agroforestry)
Perhutani merupakan pendekatan yang melibatkan kegiatan pertanian dan perhutanan sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi.
Pendekatan perhutani bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Ini bermakna intergrasi perhutanan dan pertanian akan membentuk asas pengeluaran yang lebih luas contoh tanaman selangan rotan dalam kebun getah.

1.4 Isu Pertanian di Malaysia
Pertanian di Malaysia sentiasa terdedah kepada isu-isu yang boleh
mempengaruhi perkembangannya. Terdapat pelbagai isu yang terpaksa
dihadapi oleh sektor pertanian di negara ini.

1.4.1 Produktiviti
Produktiviti diertikan sebagai kecekapan menggunakan input-input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang paling maksimum.
Antara kekangan dalam usaha meningkatkan sektor pertanian di Malaysia ialah :
a. sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap
b. daya pengeluaran yang rendah
c. saiz ladang yang terlalu kecil
d. kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan
e. perubahan cuaca dan iklim
Langakah-langkah untuk mengatasi kekangan di dalam produktiviti adalah melalui :
a. ladang kelompok
b. perladangan campuran
contoh menanam pisang di kebun kelapa, menanam kokok di kebun kelapa sawit
c. penggunaan teknologi
klon-klon tanaman yang dihasilkan dari kultur tisu menghasilkan lebih banyak bahan penanaman dalam masa yang singkat

1.4.2 Ketidakstabilan harga
Harga yang tidak stabil merupakan masalah yang sentiasa dihadapi oleh sektor pertanian.
Kos pengeluaran yang semakin meningkat turut membebankan para peternak.Manakala bekalan yang berlebih di pasaran pula menyebabkan ketidakstabilan harga.
Langkah mengatasi ketidakstabilan harga ialah :
a. memproses hasil tanaman
b. agensi kerajaan membeli hasil berlebihan
c. menghapuskan penggunaan orang tengah
d. memperkenalkan harga minimum terjamin
e. mencari bahan alternatif tempatan untuk makanan ternakan

1.4.3 Penyebaran dan pengamalan teknologi baru
Amalan tradsional dalam pengeluaran pertanian kurang cekap menghalang unsaha negara mencapai paras sara diri bagi tanaman utama khasnya padi.
Antara contoh teknologi terkini dalam pengeluaran pertanian di negara kita ialah:
a. pertanian persekitaran terkawal
b. penanaman sayur-sayuran secara hidroponik
c. amalan teknologi tabor terus benih padi dan jentuai yang menjimatkan sumber manusia
d. mengamalkan pengurusan perosak bersepadu( Intergrated Pest Management )
e. nelayan laut dalam menggunakan “fish finder” dan alat mengesan melalui satelit
f. penanaman sayur-sayuran menggunakan kaedah fertigasi.

1.4.4 Pendidikan dan latihan
Pendidikan dan latihan penting dalam menghasilkan sumber tenaga manusia yang mahir, cekap dan berkualiti. Segala penemuan baru, pemindahan teknologi terkini serta perubahan dalam perusahaan pertanian tidak boleh berlaku sekiranya pendidikan dan latihan yang sesuai tidak diadakan oleh agensi kerajaan

1.4.5 Penghijrahan penduduk
Penghijrahan merupakan satu proses pergerakan penduduk daru tempat ke satu tempat yang lain.
Penghijrahan penduduk khasnya golongan remaja ke kawasan bandar telah menyebabkan banyak perusahaan pertanian tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Antara langkah-langkah untuk mengatasi ialah :
a. membawa industri yang lazimnya dijalankan di bandar ke desa-desa
b. menggalakkan lebih ramai belia yang berkelulusan dan terlatih masuk ke desa untuk mengusahakan kawasan pertanian

1.4.6 Pencemaran alam sekitar
Pencemaran yang berpunca daripada aktiviti pertanian turut menjadi isu pertanian di Malaysia. Kerja membersihkan kawasan pertanian jika tidak dirancang dengan rapi boleh menyebabkan pencemaran.
Penggunaan racun mahluk perosak juga telah dikenalpasti sebagai salah satu punca pencemaran alam sekitar.
Langkah-langkah yang telah digunakan untuk mengurangkan penggunaan racun perosak :
a. penggunaan rumah jaring kalis serangga
b. menggunakan kawalan serangga secara bersepadu
c. menggunakan cara kawalan biologi
d. menanam tanaman secara organik

1.4.7 Kekurangan buruh
Sejumlah 61% dari jumlah pekerja di sektor pertanian terdiri daripada warga tempatan manakala selebihnya adalah rakyat asing. Ini disebabkan kebanyakan penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang.
Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh adalah seperti berikut :
a. penggunaan teknologi baru
b. penggunaan mekanisasi aldang
c. aplikasi penggunaan bioteknologi
d. pertanian persis

1.5 Peranan Institusi Dalam Pembangunan Pertanian
Institusi pertanian ditubuhkan adalah untuk membantu dalam memajukan
dan memperkembangkan sektor pertanian negara.
Peranan institusi kerajaan dan swasta dalam pembangunan pertanian adalah
a. menyediakan infrastruktur
seperti sistem pengairan dan saliaran, sistem jalan raya, bekalan elektrik dan air ( Jabatan Pengairan dan Saliran JPS, JKR, FELDA )
b. menjalankan penyelidikan dan pembangunan
terhadap beberapa masalah seperti pengeluaran, lepas tuai dan aktiviti hiliran seperti pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan dan pengangkutan (MARDI,RRIM )
c. memberi khidmat nasihat dan latihan
seperti lawatan dan latihan yang dijalankan oleh agensi pengembangan pertanian ( Jabatan Pertanian, LPP, RISDA )
d. menyediakan peluang pekerjaan
antaranya sebagai penyelidik, pegawai pengembangan, perunding, juruteknik pertanian, agensi pemasaran ( MARDI, LPP, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, FELCRA )
e. menyediakan bantuan kewangan
memberi khidmat kredit kepada petani ( Bank Pertanian Malaysia, Jabatan Pertanian, LPP, RISDA )
f. membuat penyeliaan
menentukan bahawa petani mematuhi prosedur dan undang-undang yang berkaitan dengan pertanian seperti kawalan penggunaan racun kimia, pencegahan penyakit dan pemeriksaan mutu hasil pertanian ( Jabatan Pertanian, MPOB ( Lembaga Minyak Sawit Malaysia, LGM ( Lembaga Getah Malaysia).

No comments:

Post a Comment