2.6 Pengawalatur Pertumbuhan

2.6.1 Pengenalan
Pengawalatur pertumbuhan merangkumi hormon iaitu bahan semula jadi yang dihasilkan oleh tumbuhan serta bahan kimia sintetik yang digunakan untuk menghasilkan kesan yang serupa dengan hormon semula jadi bagi mengawal gerak balas pertumbuhan tumbuhan.
Pengawal pertumbuhana adalah :
# bahan kimia yang sintetik seperti IBA (asid indolbutirik) dan Ethrel
# hormon semula jadi yang diekstrak daripada tisu tumbuhan seperti IAA (asid indo-asetik) dan
asid giberelik.
Pengawalatur pertumbuhan hanya diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mendapatkan hasil perubahan pertumbuhan yang ketara.
Kepentingan pengawalatur pertumbuhan ialah :
• Penggunaan pengwalatur pertumbuhan seperti racun rumput 2,4-D dan 2,4,5-T
• Mengawal beberapa proses fisiologi tumbuhan seperti aruhan pendebungaan dan
pengeluaran buah, percambahan biji benih dan pembiakan tumbuhan
• Dalam bidang florikultur, ia digunakan sebagai perencat pertumbuhan berbunga supaya
lebih rendah atau untuk menghasilkan populasi tumbuhan yang lebih tinggi.
• Pengkulturan tisu tumbuhan
• Pengawalan pengeluaran pucuk sisi tanaman.

2.6.2 Kesan Pengawalatur Pertumbuhan
Pengawalatur pertumbuhan terdiri daripada lima jenis hormon iaitu :
a. Auksin
b. Sitokinin
c. Asid giberelik
d. Etilena
e. Perencat pertumbuhan

Auksin
Auksin adalah bahan pengawaltur pertumbuhan yang menyebabkan pemanjangan sel. Asid
indol asetiik (IAA) adalah auksin semula jadi dihasilkan oleh tisu meristem aktif. Auksin sintetik
seperti asid naftalena asetik (NAA) digunakan sebagai hormon pengakaran.
Kesan auksin ke atas tumbuhan :
i. Pertumbuhan kearah sumber cahaya (fototropisme)
Pertumbuhan batang ke arah cahaya adalah disebabkan oleh pertumbuhan sel yang lebih
cergas di bahagian pucuk yang terlindung daripada cahaya.
ii. Pertumbuhan akar ke arah graviti (geotropisme)
Pertumbuhan akar ke arah graviti disebabkan oleh pengumpulan auksin di bahagian bawah
akar yang lebih dekat dengan tanah akibat tindakan graviti.
iii. Kedominan apeks
Kedominan apeks disebabkan oleh penghasilan auksin yang lebih oleh mata tunas pada
hujung pucuk yang dinamakan mata tunas apeks. Auksin yang dihasilkan itu akan
merencatkan pertumbuhan mata tunas sisi. Apabila mata tunas apeks itu dibuang, kesan
auksin yang dihasilkan oleh mata tunas apeks sudah tiada, maka mata tunas sisi akan
tumbuhan lebih cepat.
iv. Pembentukan bunga
Pembentukan bunga dipengaruhi oleh auksin dan giberelin. Auksin merencatkan
pembentukan bunga tetapi giberelin boleh mengaruh pembentukan bunga.
v. Kejadian dan pembentukan buah
Tanaman famili Solanacea seperti tomato dan terung boleh menghasilkan buah tanpa biji
(seedless) jika dirawat dengan auksin.
vi. Pembentukan akar adventitius
Apabila keratan batang dirawat dengan kepekatan auksin yang tinggi ia akan merangsang
pembahagian sel dan seterusnya pembentukan akar.

Sitokinin
Sitokinin yang terdapat dalam akar, buah muda dan biji benih merangsang pembahagian sel.
Sitokinin banyak digunakan dalam pengkulturan tisu untuk menghasilkan bahan-bahan
tanaman. Sitokinin berinteraksi dengan pengawalatur pertumbuhan lain untuk menghasilkan
pertumbuhan tertentu.

Asid giberelik (GA) atau giberelin
Asid giberelik berperanan menggalakkan pembahagian sel, pemanjangan sel, mengatasi
kedominan biji benih dan percambahan biji. Biji benih yang sukar bercambah boleh dirawat
dengan menggunakan larutan adid giberelik (GA).

Etilena
Etilena berbentuk gas dalam keadaan semula jadi. Gas etilena dihasilkan apabila tumbuhan
mengalami ketegangan, kepekatan bahan ini meningkat dalam tisu daun tua menyebabkan
daun gugur. Etilena juga terdapat dalam daun, batang, akar, bunga dan biji benih. Etilena
dihasilkan oleh buah yang masak.

Perencat pertumbuhan
Asid absisik (ABA) adalah sejenis perencat pertumbuhan semula jadi. ABA menyebabkan
kodormanan biji benih dan menghalang biji benih daripada bercambah serta keguguran daun,
buah dan bunga. Penggunaan bahan ini juga menyebabkan liang stoma tertutup.

2.6.3 Penggunaan Pengawalatur
Pengawalatur digunakan secara meluas dalam industri pertanian. Di antara aktiviti pertanian yang berpotensi mengaplikasikan pengetahuan ini ialah:
a. Aruhan pembungaan
Seringkali pembungaan tanaman di Malaysia tidak menentu. Penggunaan pengawalatur
yang mengandungi auksin dapat membantu mempengaruhi pembungaan seperti
sesetengah pokok hiasan dan mangga. Pendekatan ini telah memberi peluang dalam
industri hortikultur semasa musim perayaan.
b. Pengurusan tapak semaian
Perencat pertumbuhan digunakan dalam merawat anak benih bagi mengawal pertumbuhan
supaya semasa pengubahan dapat disesuaikan mengikut keadaan. Perencat pertumbuhan
seperti Alar, B-9 dan maleik hidrazid digunakan untuk merencat tanaman hiasan.
c. Penghasilan tumbuhan rendah
Pokok hiasan lazimnya dibiarkan tumbuh besar. Dalam keadaan tertentu bahan
pengawalatur pertumbuhan digunakan pada tanaman hiasan bagi menghasilkan tanaman
rendah untuk memenuhi permintaan pasaran.
d.Pengurangan kos pemangkasan
Biasanya pemangkasan dilakukan secara fizikal. Penggunaan bahan perencat pertumbuhan
mengawal pertumbuhan dahan dan ini boleh mengurangkan kos pemangkasan.

Bahan kimia sintetik
Jenis Pengawalatur pertumbuhan Kesan
Auksin Asid Naftalena Asetik (NAA)
Asid Indol-butirik (IBA) # Mempengaruhi kedominan apeks
# Menggalakkan pengeluaran akar
# Menyebabkan keluruhan daun
Giberelin Asid tulen yang diekstrakkkan
Seperti GA3 dan GA7 # Menggalakkan pembahagian sel
# Menggalakkan pemanjangan sel
# Mengatasi kedormanan biji benih serta
percambahan biji benih
Gas Etilena Ethepon, Ethrel # Agen pemasakan tisu
# Menggalakkan keluruhan daun dan buah
Sitokinin Benziladenina # Mempengaruhi pembahagian sel
# Mempengaruhi perkembangan mata tunas
# Mengawal proses tua
Perencat Pertumbuhan Alar, B-9, maleik hidrazid # Mengawal proses tua
# Mengurangkan pertumbuhan tampang
# Merangsangkan pengeluaran buah

Penggunaan hormon/bahan kimia sintetik
Hormon/ Pengawalatur Pertumbuhan Kegunaan
Gas Etilena @ Boleh mempercepatkan kemasakan buah
@ Meningkatkan hasil buah nanas
@ Ethepon boleh disapu pada tapak torehan untuk
menambahkan penghasilan lateks getah
Asetilena @ Terhasil apabil air dicampur kepada kalsium karbida
@ Kerap digunakan dalam proses memeram buah-
buahan
NAA @ Membantu pembungaan pada pokok mangga
@ Mempercepatkan pengakaran pada keratan
2,4-D dan 2,4,5-T @ Pada kepekatan yang rendah mampu menambahkan
pengeluaran lateks getah
@ Digunakan sebagai racun rumpai
Perencat Pertumbuhan @ Mengawal pertumbuhan anak benih supaya masa
pengubahan disesuaikan dengan keadaan
@ Merencatkan pokok untuk menghasilkan tumbuhan
yang rendah

No comments:

Post a Comment