2.3 Tanah

2.3.1 Pengenalan
Istilah tanah merujuk kepada lapisan atas permukaan bumi. Tanah diperlukan untuk menyokong kehidupan benda-benda hidup di bumi Tanah terhasil melalui tindakan kuasa-kuasa semula jadi terhadap bahan semula jadi yang wujud di permukaan bumi.
Tanah dapat dibezakan kepada beberapa lapisan dari segi kedalaman serta ciri fizikal dan biologi.
Jadual di bawah menunjukkan lapisan tanah lazim dan ciri-cirinya.

Lapisan Tanah Lazim Ciri-ciri
Tanah atas # Terdapat sisa tumbuhan dan haiwan.
# Lapisan ini mempunyai ketebalan lebih kurang 15 cm dan
merupakan tanah yang paling subur berbanding dengan lapisan
lain.
# Akar tumbuhan tumbuh dengan baik kerana pengudaraannya baik
dan kandungan bahan organi tinggi.
# Tempat tinggal hidupan tanah.
Tanah bawah # Berada di bawah tanah atas.
# Lebih padat.
# Mengandungi bahan yang terkumpul melalui proses larut resap.
# Lapisan yang keras ini menghalang pertumbuhan akar dan
pengaliran air.
# Terdapat sedikit organisma hidup di lapisan ini.
Batuan # Bahan batuan ini mungkin menjadi bahan induk kepada tanah itu.
# Bahan induk ini sedang mengalami proses luluhawa di bawah
lapisan tanah bawah.


2.3.2 Kepentingan Tanah
Terdapat tiga kepentingan tanah kepada pertumbuhan tumbuhan
1. Memberi sokongan mekanik kepada akar tumbuhan
Cengkaman akar yang kuat membolehkan tumbuhan tumbuh tegak untuk menerima cahaya
matahari yang mencukupi .
2. Membekal nutrien kepada tumbuhan
Tanah menyimpan nutrien untuk tumbuhan. Kandungan nutrien yang dibekalkan melalui baja
akan pantas bertindak balas dengan kumin tanah dan bertukar kepada bentuk yang disimpan
di dalam tanah.
3. Membekal oksigen dan air kepada tumbuhan
Air tanah wujud dalam beberapa bentuk :
a. filem yang meliputi kumin tanah
b. wap dalam rongga tanah
c. cecair yang dapat mengalir dalam rongga tanah
Berbanding dengan udara atmosfera, udara tanah mengandungi lebih banyak karbon dioksida tetapi kurang kandungan oksigen. Hal ini disebabkan oleh :
a. respirasi akar
b. respirasi organisma tanah
c. proses pereputan bahan organik.

2.3.3 Komponen Tanah
Tanah lazim biasanya mengandungi 45% bahan mineral, 5% bahan organik, 25% gas dan 25% air. Tanah juga mengandungi pelbagai jenis benda hidup di ruang-ruang tanah.

1. Bahan Mineral
Pepejal tanah terdiri daripada bahan inorganik dan bahan organik. Bahan inorganik terdiri
daripada kumin mineral yang dihasilkan melalui proses luluhawa batuan. Kumin mineral seperti
pasir, kelodak dan liat merupakan sebatian semula jadi yang mengandungi dua atau lebih
unsur yang digabungkan secara kimia.
2. Bahan Organik
Sisa tumbuhan dan haiwan, najis haiwan serta haiwan dan tumbuhan yang mati bercampur
dengan tanah akan mengalami proses pereputan untuk membentuk bahan organik tanah.
Humus terbentuk apabila bahan organik lengkap diuraikan oleh mikroorganisma. Bahan ini
stabil, berwarna gelap serta tidak larut dalam air tetapi berupaya menyimpan air dan kation.
Kesan baik bahan organik ialah :
a. Membekalkan nutrien kepada tumbuhan
Bahan organik mengandungi banyak jenis nutrien dan hanya dapat diambil oleh tumbuhan setelah bahan organik itu reput.
b. Membaiki struktur tanah
Bahan organik yang mereput akan membentuk humus. Humus dapat bertindak sebagai bahan pelekat dan akan melekatkan kumin-kumin tanah supaya membentuk satu gabungan kumin-kumin tanah tanah yang dipanggil agregat tanah. Susunan agregat tanah ini akan membentuk struktur tanah butirapuh dan struktur tanah ini dianggap terbaik kerana menghasilkan pengudaraan dan penyaliran air yang terbaik.
c. Menambahkan daya penampungan air tanah
Satu ciri bahan organik ialah kemapuannya memegang air dengan banyak. Apabila dicampur dengan tanah yang bersaliran kurang baik, seperti tanah lombong atau tannah berpasir daya penampungan air tanah itu akan bertambah.
d. Menghalang kehilangan nutrien dalam tanah
Pereputan bahan organik menghasilkan bahan-bahan bercas. Bahan-bahan itu mempunyai sifat seperti kumin liat dan berupaya menarik ion-ion seperti ion kalium, ion kalsium dan ion magnesium ke permukaannya. Oleh itu bahan organik merupakan tabung simpanan untuk banyak jenis zat makanan tumbuhan.
Kini bahan buangan industri pertanian digunakan sebagai punca bahan organik. Ini akan dapat
mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.
3. Udara
Semua ruang dalam tanah yang tidak terisi oleh air akan dipenuhi dengan gas tanah. Gas
tanah mengandungi lebih banyak karbon dioksida serta mempunyai kelembapan bandingan
yang tinggi berbanding dengan udara atmosfera. Keadaan ini wujud kerana lebih banyak
karbon dioksida dihasilkan dalam tanah.
4. Air
Tanah mengandungi air dan cecair yang mengalir antara rongga-rongga tanah. Rongga tanah
yang halus dipenuhi cecair sementara rongga yang lebih besar terisi udara.
Muatan air tanah dan ciri-cirinya ditunjukkan dalam jadual di bawah :

Jenis Air Tanah Ciri
Muatan medan
(had basah tanah) # Apabila sesuatu tanah disiram dengan air, rongga tanah akan
mula diisi dengan air
# Air yang berlebihan akan mengalir keluar daripada tanah
megikut tarikan graviti.
Tanah yang mengandungi air yang tertinggal ini dikatakan
dalam keadaan had basah
Tanah tepu air # Semua rongga tanah dipenuhi oleh air dan tiada gas oksigen
Had layu (titik layu) # Kuantiti air maksimum yang ditampung dalam tanah. Jika
tanah itu dibiarkan air akan semakin hilang daripada tanah
melalui sejatan atau pengambilan oleh akar tumbuhan.
# Air akan terus hilang iaitu sehingga tidak dapat diambil oleh
akar lagi. Tumbuhan akan mula kelihatan layu kerana tiada
bekalan air lagi. Tanah pada keadaan ini dikatakan dalam
keadaan had layu.

Organisma Tanah
Organisma terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu mikroorganisma dan makroorganisma. Jadual di bawah menjelaskan tentang ciri organisma dan peranannya kepada tanah.

Jenis Organisma Ciri Organisma dan Peranannya Kepada Tanah
Bakteria • Populasi bakteria paling tinggi bertumpu di kawasan yang
Berhampiran dengan akar-akar tumbuhan
• Penting dalam peredaran karbon, nitrogen, fosforus dan sulfur dalam tanah
• Terlibat dalam proses pereputan sisa organik yang terdapat dalam tanah
Aktinomisit • Mempunyai ciri antara bakteria dengan kulat
• Mengeluarkan hifa tetapi lebih halus daripada hifa kulat
• Penting dalam proses pereputan susa bahan organik
Kulat • Memainakan peranan penting dalam proses pereputan bahan
organik
• Terdapat kulat yang membentuk hubungan simbiosis dengan
akar tumbuhan
Nematod • Hidup bebas dapat menggunakan bahan reputan daripada
bahan organik
• Membantu pereputan bahan organik dalam tanah
Alga • Keperluan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis
• Berperanan menukarkan karbon dioksida kepada oksigen di
kawasan sawah padi
• Sesetengah jenis alga menyerap nitrogen daripada udara dan
menyampaikannya kepada pokok padi


Cacing tanah • Menggaulkan hasil reputan daun di atas tanah
• Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain
• Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang-
lubang yang digali
• Tinjanya yang mengandungi kalsium menambahkan kesuburan
tanah

No comments:

Post a Comment