2.3.4 Sifat Fizikal Tanah
Tiga ciri fizikal tanah yang penting ialah
a. warna tanah
b. tekstur tanah
c. struktur tanah

Warna Tanah
Warna sesuatu tanah dapat menerangkan keadaan fizikal tanah dan kandungannya. Warna tanah di sesuatu kawasan berbeza daripada warna tanah dari kawasan lain. Warna yang wujud pada sesuatu tanah menggambarkan kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah.
Warna tanah dapat dikenal pasti dengan membandingkan warnanya dengan warna yang terdapat dalam buku carta warna Munsell
Kajian menunjukkan bahawa tanah yang gelap warnanya (hitam keperangan) mempunyai kesuburan yang tinggi. Tanah ini sesuai untuk kegiatan pertanian.
Kebanyakan tanah tropika berwarna merah.

Ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya
Warna Tanah Huraian
Merah • Menandakan kandungan oksida ferum di dalam tanah
• Tanah jenis ini mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik
• Tanah ini biasanya terdapat di kawasan lereng bukit
• Tanah ini sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit
Perang • Tanah ini mengandungi oksida ferum yang bercampur dengan bahan
organik
• Mempunyai salairan ayang abaik
• Tanah ini subur dan sesuai untuk kebanyakan jenis tanaman
Kelabu • Menandakan kandungan oksida ferum di dalam tanah
• Tanah jenis ini mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik
• Tanah ini biasanya terdapat di kawasan lereng bukit
• Tanah ini sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit
Kehitam-hitaman • Mempunyai kandungan galian mangan oksida atau bahan organik yang
tinggi
• Menakung air dan mempunyai nilai pH yang rendah
• Bahan organiknya lambat reput kerana kekurangan oksigen
• Tidak sesuai untuk kebanyakan tanaman kerana tidak mampu memberi
sokongan kepada aakar tumbuhan yang besar.
• Tanaman yang sesuai untuk kawasan ini ialah nanas dan sayur-sayuran
Putih • Mempunyai banyak jenis galian tanah liat yang dikenali sebagai koalinit
Kuning • Warna kuning menunjukkan bahawa oksida ferum telah berpadu dengan
molekul-molekul air
• Mempunyai saliran yang baik
Tanah ini adalah lebih lembap berbanding dengan tanah yang berwarna merah

Tekstur Tanah
Tekstur tanah merujuk kepada peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah. Tekstur tanah dapat dikesan melalui cara merasa dengan tangan atau melalui cara makmal iaitu kaedah mendapan di mana kumin-kumin tanah dibiarkan mendak.
Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya telah ditetapkan mengikut sistem pengelasan tekatur tanah. Sistem Atterberg menetapkan kumin yang mempunyai diameter 2.00 hingga 0.20 mm sebagai pisahan pasir kasar. Sebaliknya, sistem USDA menetapkan kumin yang mempunyai diameter antara 1.00 hingga 2.00 mm sebagai pisahan pasir kasar.

Ciri pasir, kelodak dan liat :

Ciri-ciri Pasir Kelodak Liat
Saiz kumin Paling besar Saiz lebih kecil daripada kumin pasir Saiz kumin paling halus
Bentuk kumin Bulat atau tiada bentuk tetap Tiada bentuk tetap Kepingan nipis
Kandungan kimia Kebanyakannya kuarza (oksida silika) Kuarza Silikat (mengandungi silica, aluminium dan magnesium) serta unsur lain
Bercas atau tidak Tidak Tidak Bercas
Rasa Gerisik Licin seperti tepung Berasa lekit apabila lembap, keras dan padat apabila kering
Daya penyimpanan air Rendah Sederhana Tinggi
Saliran Baik Sederhana Kurang baik
Penyimpanan air dan nutrien Kurang baik Sederhana Kurang ketelapan air
Pengudaraan Baik Sederhana Kurang baik






Pengelasan kumin tanah :

Nama Pisahan Tanah Diameter Kumin Mengikut Sistem Persatuan Sains Tanah Antarabangsa (Sistem Atterberg) Diameter Kumin Mengikut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (Sistem USDA) (Diubahsuai)
Pasir sangat kasar
Pasir kasar
Pasir sederhana
Pasir halus
Pasir sangat halus
Kelodak
Liat Tiada
2.00 – 0.20 mm
tiada
0.20 – 0.02 mm
tiada
0.02 – 0.002 mm
Kurang daripada 0.002 mm 2.00 – 1.00 mm
1.00 – 0.50 mm
0.50 – 0.25 mm
0.25 – 0.10 mm
0.10 – 0.05 mm
0.05 – 0.002 mm
kurang daripada 0.002 mm

Berdasarkan jadual di atas, kita boleh membuat kesimpulan tentang :
a. Persamaan antara kedua-dua sistem :
Mempunyai ukuran diameter liat yang sama dan mempunyai pisahan jenis pasir kasar, pasir
halus, kelodak dan liat.
b.Perbezaan antara kedua-dua sistem :
Ukuran diameter bagi pasir kasar, pasir halus dan kelodak tidak sama. Sistem Atterberg tidak mempunyai pisahan jenis pasir sangat kasar, pasir sederhana dan pasir sangat halus.
Kelas tekstur tanah merujuk kepada satu kumpulan tanah yang mempunyai sifat kasar dan halus yang disebabkan oleh kehadiran pasir, kelodak dan liat mengikut peratusan yang tertentu. Sifat ini ditunjukkan oleh petak tertentu pada carta segi tiga tekstur tanah.
Peratus pasir, kelodak dan liat sesuatu tanah ditentukan dalam makmal melalui cara pemendapan. Nilai peratusan ini kemudian digunakan untuk menentukan kelas tekstur bagi contoh tanah tersebut dengan merujuk carta segi tiga tekstur tanah.

Kepentingan tekstur tanah kepada tanaman :
a. Tanah yang bertekstur kasar membenarkan air mengalir dengan mudah
b. Tanah bertekstur kasar mempunyai lebih banyak liang untuk peresapan gas. Pertukaran gas yang baik akan membekalkan oksigen yang mencukupi untuk kegunaan organisma tanah.
c. Tekstur tanah akan mempengaruhi kandungan gas dan air di dalam tanah
d. Tekstur tanah yang lebih halus membolehkan tanah menyimpan nutrien dan melakukan proses penjerapan nutrien oleh kumin liat.
Tekstur tanah mempengaruhi pemugaran. Tanah bertekstur halus mengandungi lebih banyak liat dan menyukarkan kerja pemugaran. Tekstur tanah tidak boleh diubah sekiranya kawasan tanah yang perlu dirawat terlalu luas.

Struktur Tanah
Struktur tanah ialah susunan kumin-kumin tanah yang terdiri daripada pasir, kelodak dan liat dalam bentuk tertentu. Susunan kumin tanah itu dinamakan agregat tanah dan wujud dalam pelbagai bentuk.
Tanah yang mengandungi kumin-kumin pasir dianggap sebagai tanah tidak berstruktur. Kumin tanah boleh digabung dengan menggunakan bahan organik supaya ciri fizikal dapat diperbaiki. Semasa pereputan bahan organik pelbagai jenis bahan akan dihasilkan, termasuklah bahan-bahan yang bertindak sebagai pelekat. Bahan pelekat ini akan menyatukan kumin-kumin tanah kepada susunan tertentu sehingga membentuk struktur butir rapuh. Struktur butir rapuh adalah struktur terbaik bagi kebanyakan tanaman kerana ciri rongga.

Kepentingan struktur tanah kepada tanaman
a. Struktur tanah yang baik mengandungi rongga antara agregat yang membenarkan air dan
udara meresap dengan mudah. Keadaan ini menghalang air bertakung, oleh itu akar tanaman
mendapat oksigen yang mencukupi
b. Struktur yang baik menambahkan daya tahan tanah daripada kerosakkan fizikal disebabkan
hakisan oleh timpaan hujan yang kuat. Kumin yang terpisah mudah ditiup oleh angina atau
dilarikan air.
c. Struktur yang baik juga dapat mengurangkan kesan ketoksinan gas karbon dioksida dalam
tanah. Gas ini lebih mudah meresap ke udara apabila tanah mempunyai struktur yang baik.

Struktur tanah dapat diperbaiki dengan mencampurkan tanah dengan bahan-bahan organik. Semasa pereputan bahan-bahan organik berlaku, pelbagai jenis bahan dihasilkan, termasuk bahan-bahan yang bertindak sebagai pelekat. Bahan-bahan pelekat ini menyatukan kumin-kumin tanah kepada susunan tertentu sehingga membentuk struktur butir rapuh yang baik.

4 comments: