Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan

1. Keluasan permukaan daun
Lebih luas permukaan daun didedahkan kepada cahaya matahari maka lebih banyak sel daun dapat menjalankan fotosintesis
2. Susunan daun
Susunan daun yang lebih tegak membolehkan lebih banyak daun terdedah kepada cahaya matahari.
3. Topografi
Topografi merujuk kepada keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata atau tinggi rendah. Tumbuhan yang tumbuh di bahagian gunung atau bukit yang terdedah terus kepada cahaya matahari akan menerima lebih banyak cahaya.
4. Naungan
Sesetengah tumbuhan tidak boleh didedahkan terus kepada cahaya matahari. Cahaya yang diterima oleh tumbuhan dapat dikurangkan dengan :
a. meletakkan tumbuhan dalam bangsal yang mempunyai bumbung diperbuat dari jaring hitam
b. kayu-kayu panjang yang disusun rapat pada jarak tertentu

Kaedah mendapatkan penggunaan cahaya yang optimum

1. Memilih tapak yang sesuai
Kawasan tanaman yang paling sesuai ialah tapak yang rata, terbuka dan mempunyai saliran air yang baik.
2. Menanam pada jarak yang sesuai
Tanaman hendaklah ditanam pada jarak dan corak yang sesuai supaya kawasan tanah yang terhad dapat digunakan secara maksimum dan dapat mengurangkan persaingan antara pokok yang ditanam
Beberapa jenis corak penanaman adalah seperti berikut :
a. Sistem segi empat
Amalan ini sesuai untuk menanam pokok yang besar. Berdasarkan corak
penanaman ini, setiap pokok ditanam pada penjuru segi empat.
b. Sistem segi tiga
Sistem ini lebih ekonomikal kerana dapat menapung 15% lebih pokok
berbanding segi empat. Dalam sistem ini jarak di antara pokok yang
terletak di sudut segi tiga adalah sama.
c. Sistem siku keluang
Sistem ini terdiri daripada pokok utama ditanam pada penjuru empat segi
dengan sepohon pokok sementara di tengah segi empat. Apabila pokok
utama bertambah besar, pokok sementara boleh ditebang.
3. Menyediakan sokongan
Sokongan disediakan untuk tumbuhan yang mempunyai batang lembut.
Jenis sokongan yabg biasa digunakan adalah seperti:
a. sokongan kayu tunggal (lada hitam )
b. sokongan kayu junjung (kacang panjang)
c. sokongan jenis berpara (peria)
d. sokongan jenis berpagar (tomato)
4. Mengawal rumpai
Rumpai ialah tumbuhan yang tidak diingini tumbuh bersama tumbuh-tumbuhan yang ditanam. Rumpai akan bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya dan nutrien.
5. Membekalkan cahaya tiruan
Cahaya tiruan digunakan untuk menggantikan cahaya matahari. Ia digunakan apabila cahaya semula jadi tidak mencukupi atau tidak sesuai dari segi intensiti dan jangka masa penyinaran.
Sumber cahaya tiruan yang biasa digunakan ialah lampu pijar dan lampu pendarfluor.
Perbezaan lampu pijar dan lampu pendarfluor
Lampu Pijar Lampu Pendarfluor
# Menghasilkan spectrum cahaya
yang mengandungi warna biru
hingga inframerah
# Lampu ini tidak cekap kerana
hanya 5% daripada tenaga
elektirk yang dibekalkan ditukar
kepada cahaya yang diperlukan
oleh tanaman # Lebih daripada 15% tenaga elektrik
yang dibekalkan ditukar kepada
cahaya
# Tinggi dalam gelombang biru dan
menggalakkan pertumbuhan daun
# Cahaya yang dihasilkan kekurangan
warna merah dan inframerah
# Sesuai untuk pertumbuhan anak
benih

6. Menanam tanaman selingan
Tanaman selingan ditanam bersama tanaman utama di antara ruang-ruang pokok-pokok utama sebelum hasil diperolehi.
7. Mencantas
Mencantas ialah membuang bahagian tumbuhan yang tidak diperlukan. Ini bertujuan untuk membenarkan lebih banyak cahaya diterima oleh bahagian tumbuhan yang sebelum ini ternaung.

No comments:

Post a Comment