2.2.2 Suhu
Suhu penting kepada tumbuhan kerana semua proses fisiologi yang berlaku pada tumbuhan dipengaruhi oleh suhu.

Kesan Suhu Terhadap Pertumbuhan dan hasil Tanaman

1. Percambahan biji benih
Suhu yang terlalu rendah atau terlalu tinggi daripada suhu optimum akan menganggu percambahan biji benih. Ini kerana kebanyakan tindak balas tumbuhan melibatkan enzim-enzim khusus, di mana kadar tindak balas enzim-enzim itu dipengaruhi oleh suhu.
Percambahan biji benih juga dipengaruhi oleh faktor ketersediaan air, oksigen dan keadaan persekitaran yang gelap.

2. Transpirasi
Transpirasi ialah kehilangan air melalui proses penyejatan daripada tumbuhan. Proses ini dipengaruhi oleh cahaya, kelembapan udara, suhu, tiupan angin dan ketersediaan air dalam tanah. Apabila suhu meningkat pada waktu siang kadar transpirasi akan meningkat.

3. Kualiti hasil tumbuhan
Suhu yang rendah mengurangkan respirasi dan aktiviti enzim. Kesannya hasil tanaman dapat disimpan lebih lama.
Suhu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kadar respirasi melebih kadar fotosintesis. Ini menyebabkan makanan yang dihasilkan melalui proses fotosintesis akan hilang memalui respirasi.

4. Fizikal tumbuhan
Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah akan mebantutkan pertumbuhan tanaman.
Suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan kecederaan seperti bentuk buah yang tidak normal, buah yang melecuh, mata tunas atau buah tidak akan berkembang dengan sempurna.

Kaedah Untuk Mendapatkan Suhu Yang Sesuai

1. Memilih tapak
Kawasan tinggi mempunyai suhu yang lebih rendah berbanding dengan kawasan
pamah. Bagi setiap ketinggian 100 meter suhu akan turun sebanyak 0.6 °C.
Kawasan Cameron Highlands dipilih sebagai kawasan untuk menanam tanaman
seperti teh , kubis dan kubis bunga yang memerlukan suhu rendah.
2. Menyediakan naungan
Naungan boleh mengurangkan kesan peningkatan suhu akibat pancaran matahari
yang terik.
Antara contoh naungan yang biasa disediakan ialah :
a. jaring hitam yang digunakan untuk menaungkan tumbuhan yang tidak tahan matahari terik
b. anyaman daun-daun kelapa yang digunakan untuk melindungi anak pokok yang sedang membesar.
c. Bumbung yang diperbuat daripada kayu-kayu panjang yang disusun rapat mengikut peratus sekatan cahaya yang diperlu. Sesuai untuk keratan yang belum berakar atau anak pokok yang baru diubah.
3. Menyediakan sungkupan
Apabila bahan sungkupan diletak di atas tanah, permukaan tanah terlindung
daripada pancaran cahaya matahari terus. Ini secara langsung mengurangkan kesan
pemanasan permukaan tanah oleh cahaya matahari ( mengurangkan kehilangan air
daripada tanah).

No comments:

Post a Comment