2.4 Biosis
Perkataan biosis berasal daripada perkataan Yunani yang bererti benda hidup. Faktor biosis merangkumi semua benda hidup yang mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan secara tidak langsung dan secara langsung.
Benda hidup memberi kesan manfaat kepada tumbuhan kerana membantu dalam penguraian sisa tumbuhan, menghasilkan toksin yang boleh membunuh serangga, membantu perhubungan simbiotik dengan akar tumbuhan, menjalankan proses pengikatan nitrogen serta penitratan.
Kesan berbahaya benda hidup termasuklah merosakkan tumbuhan atau menyebabkan penyakit tumbuhan, menjadi parasit atau menyebarkan organisma lain yang membawa penyakit.
Antara faktor yang mungkin mennggangu pertumbuhan ialah :
• Faktor persekitaran
• Persaingan oleh rumpai
• Serangan penyakit
• Serangan organisma perosak

Jenis Organisma
Perosak dapat dianggap sebagai organisma yang berada di sesuatu kawasan yang tidak memerlukannya. Organisma yang berbahaya kepada tumbuhan dan hasil tumbuhan digelar perosak. Sesetengah organisma merupakan perosak tanaman, walau bagaimanapun terdapat juga yang bermanfaat kepada tumbuhan.
Tanaman berpenyakit gagal menjalankan proses fisiologi biasa. Organisma yang menyebabkan keadaan ini digelar sebagai patogen. Antara patogen yang berbahaya ialah virus, bakteria dan kulat. Sesetengah kulat bersifat saprofit di mana ia mendapat makanan daripada benda mati atau reput. Organisma yang tidak menyebabkan penyakit secara langsung kepada tanaman tetapi membawa patogen dinamakan vektor.
Organisma penyebab penyakit kepada tanaman biasanya hidup dalam tumbuhan tersebut. Pertumbuhan perumah akan terjejas kerana parasit ini mengambil makanan daripada perumahnya.

Ciri-ciri organisma yang penting kepada tanaman
Jenis Organisma Ciri-ciri
Virus • Organisma sangat halus yang mempunyai binaan ringkas
• Parasit yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit tumbuhan
• Biasanya hidup dalam sel hidup sahaja
• Virus yang menyerang tanaman biasanya pelbagai bentuk seperti polyhedral,rod, spiral dan bebola

Bakteria • Bersel tunggal
• Bakteria yang menyerang tumbuhan biasanya berbentuk rod
• Mempunyai binaan seperti bebenang yang dikenali sebagai flagellum untuk bergerak
• Hidup sebagai parasit di dalam tumbuhan atau sebagai saprofit di dalam tanah
Kulat • Organisma halus yang tidak mempunyai klorofil
• Terdiri daripada hifa yang dapat menghasilkan spora, iaitu binaan pembiakan utama kulat dan cara utama kulat menyerang tanaman
• Kulat yang kebanyakannya adalah saprofit, membantu dalam pereputan bahan organik.
• Terdapat beberapa jenis kulat yang dapat menyebabkan penyakit pada tanaman

Nematod • Berbentuk silinder dan licin tanpa segmen atau kaki
• Mencucuk tisu tumbuhan untuk menghisap cecair tumbuhan dengan binaan di mulut yang dipanggil stilet
• Keadaan iklim, tanah dan kegiatan pertanian menggalakkan pertambahan nematod

Serangga • Haiwan invertebrate yang mempunyai rangka luar yang kuat
• Badan bersegmen dan terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu kepala, toraks dan abdomen
• Toraks mempunyai tiga pasang kaki dan satu atau dua pasang sayap
• Serangga merupakan kumpulan yang terbesar daripada keseluruhan jumlah sepsis
• Ini membuktikan kemampuan daya penyesuaian serangga yang tinggi untuk hidup di pelbagai persekitaran

Rumpai • Rumpai yang tumbuh di persekitaran kawasan penanaman memberi persaingan kepada tanaman untuk mendapatkan cahaya matahari, nutrien, ruang dan air
• Sesetengah rumpai mempunyai potensi untuk digunakan sebagai ubat dan diangap sebagai tumbuhan berguna


Kepentingan Ekonomi Organisma
Pada umumnya perosak dianggap sebagai organisma yang berbahaya dan tidak berfaedah kepada manusia. Walau bagaimanapun terdapat beberapa organaisma yang bermanfaat keada tumbuhan dan manusia.

Virus
Virus mempunyai kepentingan ekonomi kerana mampu berperanan sebagai agen pengawal perosak. Virus berkembang biak di dalam sel hidup dan menyebabkan penyakit secara spesifik. Gejala penyakit virus yang banyak terdapat pada tumbuhan ialah mozek, warna kekuning-kuningan dan corak bercincin atau bergaris, pertumbuhan terencat, daun berpilin, batang dan buah yang berlekuk, tumor dan sebagaianya.
Virus disebar kepada tanaman sihat oleh :
• Vektor seperti afid, lelompat daun, nematod dan kulat
• Biji benih yang telah terjangkit virus
• Peralatan ladang yang telah tercemar kepada virus
• Pekerja sewaktu bekerja di ladang
Antara penyakit yang kerap disebabkan oleh virus ialah penyakit merah virus (PMV) dan penyakit padi jantan.
Kebanyakan virus adalah agen penyebab penyakit dan bersifat parasit kepada tanaman. Sebahagian kecil virus berfaedah kepada manusia. Virus berpotensi untuk digunakan sebagai agen kawalan biologi perosak.


Bakteria
Proses bermanfaat kepada tanaman yang melibatkan bakteria antaranya ialah :
a. Penguraian bahan organik
b. Pengikatan nitrogen oleh bakteria yang hidup bebas seperti Azobecter dan Rhizobium yang bersimbiotik dengan akar tumbuhan kekacang. Simbiosis merujuk kepada hubungan yang bermanfaat di antara dua organisma yang berlainan sepsis.
c. Penitratan yang dilakukan oleh Nitrobacter dan Nitrosomonas.
Bakteria seperti Bacillus thuringiensis merupakan agen pengawal biologi yang penting. Ia digunakan untuk mengawal pelbagai jenis ulat. Kini gen Bacillus thuringiensis telah berjaya dimasukkan ke dalam sel tumbuhan untuk mencegah serangan serangga.
Bakteria penyebab penyakit menyerang tumbuhan melalui stoma, lentisel, bunga atau luka.

Beberapa contoh penyakit yang disebabkan oleh bakteria
Tanaman Penyakit Bakteria Penyebab
Padi Hawar daun Xanthosomas spp
Kelapa sawit Reput tunas Ervinia spp
Nanas Buah busuk Ewinia spp

Kulat
Kulat yang bersifat saprofit bertindak sebagai agen pengurai bahan organik di dalam tanah. Kulat mikoriza penting kerana bersimbiotik dengan akar beberapa tumbuhan. Ia membantu akar tumbuhan mengambil nutrien terutamanya fosforus daripada tanah. Pada masa yang sama, akar membekalkan karbohidrat dalam bentuk gula kepada kulat..
Kulat memasuki tisu tumbuhan melalui luka, stoma, kutikel dan epidermis. Semasa berada dalam tisu tumbuhan, kulat mengambil nutrien daripada perumah untuk pertumbuhan. Ini menyebabkan berlakunya rekasi daripada tumbuhan yang mengakibatkan penyakit. Tanda penyakit yang disebabkan oleh kulat terbahagi keada tiga kumpulan berikut :
a. tisu mati
reput, melecuh, antraknos, bintik, hawar dan keruping
b.pertumbuhan berlebihan atau perubahan rupa bentuk bonggol, ikal daun, akar tongkol dan
penyakit penyapu
c.tanda-tanda lain
karat, kulapuk dan layu
Kulat juga berpotensi mengawal serangga Hampir 570 spesis kulat dapat menyerang serangga.

Beberapa penyakit kulat tanaman
Tanaman Penyakit
Padi Karah
Kelapa sawit Reput batang, reput pangkal, reput tandan
Pokok getah Penyakir akar putih, penyakit akar merah, penyakit keguguran daun, penyakit calar hitam pada tapak torehan, penyakit cendawan angin

Nematod
Nematod yang hidup bebas di dalam tanah mempunyai nilai ekonomi kerana mampu membantu proses penguraian bahan organik. Terdapat nematod yang mampu menyerang dan menjadikan serangga seperti belalang dan rama-rama sebagai perumah. Nematod turut memakan bakteria, kulat atau nematod lain.
Nematod merosakan tumbuhan melaui rembesan air liurnya yang dapat mencernakan kandungan sel tumbuhan.
Tanda serangan nematod ialah
• bonggol atau benjolan akar
• kecederaan akar
• akar yang banyak bercabang
• reput akar
Kerosakan tanaman yang disebabkan oleh nematod adalah berpunca daripada
• rembesan air liur yang mencederakan tisu akar
• interaksi nematod dengan organisma lain
• perananya sebagai pembawa virus.

Serangga
Serangga yang menyerang tanaman mempunyai dua jenis mulut iaitu
a. mulut jenis mengigit dan mengunyah
b. mulut jenis mencucuk dan menghisap
Serangga mempunyai kepentingan ekonomi yang khusus kerana :
• membantu proses pendebungaan
Beberapa contoh serangga adalah seperti lebah madu, kupu-kupu dan lalat
• memperbaiki keadaan tanah
Lubang yang digali oleh semut dan kumbang membolehkan udara meresap ke dalam tanah
• pemangsa kepada serangga perosak
Kumbang kura-kura ialah serangga pemangsa kepada afid (kuta daun)

Pada masa yang sama serangga juga membawa kemudaratan seperti :
• merosakan tanaman
Daun, batang , akar dan buah dirosakkan oleh belalang kunyit, kumbang tanduk, larva
beberapa jenis rama-rama dengan memakan tisu tumbuhan dan meninggalkan tanda
berlubang-lubang pada bahagian yang diserang
• membawa pelbagai penyakit
Benah hijau dan benah perang adalah vector kepada jenis penyakit virus padi

Beberapa contoh perosak tanaman
Tanaman Perosak
Padi Pianggang, benah hijau dan benah perang
Kelapa sawit Kumbang tanduk dan kumbang gajah
Pokok getah Anai-anai, kumbang kaboi dan hamama lebar

Rumpai
Rumpai merujuk kepada tumbuhan yang tidak dikehendaki yang tumbuh di kawasan penanaman. Kesan negatif rumpai temasuklah
• biji benih dan bahagian rumpai yang lain dapat merendahkan mutu hasil tanaman
• kulat pada bahagian rumpai menjangkiti bijirin dan merosakkannya
• rumpai menjadi tempat perlindungan perosak atau penyakit tumbuhan

Pengawalan Organisma
Biasanya kerosakkan yang disebabkan oleh perosak tidak begitu ketara jika bilangan perosak tidak banyak. Masalah akan timbul apabila populasi serangga meningkat ke paras yang lebin tinggi mengakibatkan hasil tanaman tidak dapat diperolehi lagi.
Pendekatan yang lebih berkesan adalah dengan menentukan bilakah masa yang sesuai untuk bertindak. Jika populasi perosak tidak begitu tinggi dan kerosakkan yang berlaku masih tidak ketara maka tindakan kawalan boleh ditangguhkan.
Pendekatan lain yang boleh diamalkan adalah dengan mengambil contoh perosak di ladang dan memantau perubahan populasi.

No comments:

Post a Comment