Kaedah Fizikal
Kaedah ini melibatkan penggunaan beberapa alatan atau keadaan fizikal untuk mengawal perosak.
Ciri-ciri kaedah fizikal untuk mengawal perosak
Kaedah Ciri-ciri
Sekatan
Mekanik Satu kaedah sekatan mekanik ialah penggunaan jarring kalis serangga. Kaedah ini berkesan dalam penanaman kubis kerana berjaya mengawal populasi rama-rama Plutella xylostella. Kaedah ini sangat popular kerana :
• Kos yang rendah
• Mengurangkan penggunaan racun sebanyak 30% – 70 %
• Cahaya dapat dikurangkan sebanyak 12 %
• Sesuai untuk semua sayuran berdaun serta sayuran temprat
Sekatan
Tingkah laku Sekatan ini berdasarkan tingkah laku perosak yang terangsang oleh bunyi, cahaya atau bau bahan kimia. Contohnya, burung ditakutkan dengan menggunakan orang-orangan atau abahan letupan. Perangkap menggunakan bahan kimia penarik perosak dan cahay turut digunakan.
Perubahan
Persekitaran
Perosak Melalui kaedah ini, suhu, kelembapan atau kandungan oksigen di persekitaran perosak akan diubah. Antara contoh amalan kaedah ini ialah :
• Memaksa perosak keluar dari lubang persembunyiannnya dengan
menggunakan air atau asap
• Meningkatkan suhu antara 52 °C – 54 °C untuk membunuh serangga perosak
barang simpanan
• Menyimpan bijirin di dalam bekas kedap udara

Kaedah Kultur
Kaedah ini merupakan cara mengawal perosak yang merangkumi amalan-amalan tanpa menggunakan bahan kimia untuk megawal perosak.
Kaedah ini berperanan untuk menganggu perkembangan atau kitaran hidup perosak. Gangguan ini termasuklah menyekat perosak daripada sumber makanannya dan mendedahkan perosak kepada keadaan yang tidak sesuai.
Kaedah kawalan kultur
Kaedah Ciri-ciri
Pemugaran
Tanah • Perosak akan terdedah kepada cahaya matahari terik dan pemangsa seperti
burung
• Perosak akan mati apabila terkena alat pemugar
Menggilirkan
Tanama • Cara ini berkesan untuk :
a. perosak yang mempunyai perumah khusus
b. perosak ini apabila hilang punca makanan kesan mengubah jenis tanaman
Varieti
Resistan • Banyak jenis tanaman resistan apabila mencapai peringkat kematangan. Varieti
yang resistan ini sangat berkesan dan secara langsung mengurangkan
penggunaan racun serangga
• Varieti terbaru padi misalnya resistan terhadap perosak membantu
mengurangkan kesan kerosakan dan menyekat populasi dan penyebaran
penyakit
• Varieti baru ini juga membantu meningkatkan kepelbagaian genetik dalam
sesuatu eksistem

Penanaman
Campuran • Pelbagai tanaman yang ditanam di sesebuah kawasan akan menyebabkan
bekalan makanan menjadi terhad kepada perosak
• Menanam tanaman penolak (repellant)
• Penanaman campuran juga mengalakkan kewujudan lebih banyak pemangsa
Amalan
Penanaman
yang baik • Amalan ini merujuk kepada penggunaan biji benih yang bersih dan bebas
daripada penyakit, penanaman mengikut jarak yang sesuai dan amalan menjaga
kebersihan kawasan ladang dengan membuang sisa-sisa yang mungkin
melindungi perosak
• Melalui cara ini, tanaman yang lebih sihat akan dihasilkan dan mampu bertahan
daripada penyakit ataupun perosak


Kaedah Biologi
Kawalan biologi ditakrifkan sebagai penggunaan organisma seperti parasit, pemangsa dan patogen secara sengaja untuk mengurangkan populasi perosak. Kawalan biologi bermula dengan pengenalan musuh semula jadi perosak dan diikuti kajian tentang perumah musuh semula jadi.

Kawalan biologi
Agen Kawalan biologi Untuk Mengawal
Tebuan Cortesia plutellae Larva rama-rama Plutella xylostella di kebun sayur
Bakteria Bacillus thuringiensis Larva dan rama-rama di kebun sayur
Burung hantu dan ulat senduk Tikus di ladang kelapa sawit dan sawah
Pokok bunga tahi ayam (Tehetes sp) dan rembesan asparagus Beberapa jenis nematod
Semut hitam koko Perosak lenggai koko (kepinding nyamuk)

Kebaikan dan kelemahan kawalan biologi
Kebaikan Kawalan Biologi Kelemahan Kawalan Biologi
• Mengurangkan masalah pencemaran alam
sekitar kesan daripada penggunaan racun
kimia
• Selamat digunakan oleh petani
• Mengurangkan kos pengurusan perosak
untuk suatu jangka masa yang panjang
• Perosak tidak dapat dihapuskan kesemuanya
• Pemangsa yang dibawa masuk mungkin
menyerang organisma lain yang bermanfaat
• Pemangsa tidak dapat mengawal semua
perosak di sesuatu kawasan
• Bilangan perosak lain mungkin meningkat
dan menjadi lebih serius kerana kurang
persaingan daripada perosak yang dikawal
• Teknik pembiakan dan penyebaran musuh
semula jadi yang khusus diperlukan
• Ekosistem, ekologi dan tabiat perosak dan
pemangsa perlu diketahui terlebih dahulu
• Kesan kawalan mengambil masa yang lama


Kaedah Kimia
Kaedah ini paling digemari oleh pengusaha-pengusaha pertanian kerana memberi kesan yang cepat. Masalah timbul apabila racun kimia digunakan secara keterlaluan sehingga terdapat perosak yang menjadi kebal terhadap racun-racun tersebut.
Racun perosak dapat dikelaskan mengikut cara tindakannya ke atas perosak.

Pengelasan jenis racun perosak mengikut cara tindakan
Jenis Racun Ciri-ciri Contoh
Racun perut • Racun yang berbentuk cecair, serbuk,
bintil atau umpan ini membunuh apabila
dimakan oleh perosak
• Digunakan sebagai umpan / sembur • Racun serangga seperti
malathion
• Racun tikus seperti zink
fosfida dan warfarin

Racun sentuh • Racun ini membunuh apabila terkena
perosak, memasuki sistem peredaran
darah, sistem pernafasan perosak atau
menganggu sistem saraf.
• Digunakan dalam bentuk semburan
kabus
• Racun serangga seperti
karbarit, heptachlor dan BHC
• Racun kulat yang
mengandungi kuprum dan
raksa
• Racun rumpai seperti
parakuat


Racun sistemik • Bahan kimia ini akan meresap melalui
sistem vaskular tumbuhan kea rah daun
dan bahagian tumbuhan menyebabkan
tanaman beracun kepada perosak
• Racun kulat seperti benomil
• Racun serangga seperti
dimetoat dan furadan

Racun pewasap
(fumigant) • Racun dalam bentuk wasap ini
membunuh perosak yang tersedut
masuk ke dalam sistem respirasinya
• Metil bromide, kloropikrin,
natrium fluoride dan vapam


Kelebihan dan kelemahan kawalan kimia
Kelebihan Kelemahan
• Mudah digunakan
• Berkesan dengan cepat
• Dapat digunakan pada bila-bila masa
• Mudah didapati di pasaran
• Banyak jenis perosak dapat dikawal kerana
tindakannya yang luas
• Mencemar alam sekitar
• Mencederakan tisu
• Berkemungkinan membunuh pemangsa
• Mewujudkan perosak yang resistan terhadap
racun
• Meninggalkan kesan bau dan rasa pada hasil
tanaman


Langkah Keselamatan Apabila Menggunakan Racun Kimia
• Gunakan racun kimia yang paling sesuai dengan sesuatu jenis perosak
• Baca maklumat yang terdapat pada setiap bungkusan atau botol racun
• Sukat kadar racun yang hendak digunakan dengan tepat
• Periksa keadaan semua bahagian penyembur sebelum menggunakannya
• Jangan sentuh, hidu atau merasa racun kimia
• Gunakan kayu atau benda lain yang sesuai untuk membancuh racun kimia (JANGAN
GUNAKAN TANGAN UNTUK MEMBANCUH BAHAN KIMIA)
• Jangan makan atau minum semasa membancuh atau menyembur racun
• Pakai pakaian pelindung yang sesuai
• Bersihkan semua alat sebelum dan selepas menggunakannya
• Bersihkan bahagian muncung penyembur yang tersumbat
• Simpan racun kimia di tempat yang selamat dan berkunci
• Tanam semua bekas dan sisa racun
• Dapatkan rawatan doctor dengan segera sekiranya berlaku kemalangan

Maklumat pada label racun kimia menerangkan :
• Pengelasan racun
• Bagaimana digunakan
• Cara menyediakan ramuanya dan alat yang perlu
• Cara menyimpan atau menghapuskan racun
• Jenis pakaian keselamatan yang perlu
• Kadar penggunaanya
• Maklumat tentang tarikh luput
• Perosak sasaran
• Tahan keracunan kepada haiwan dan manusia
• Langkah-langkah keselamatan
• Ubat penawar yang boleh digunakan
• Gejala keracunan

Kaedah Undang-undang
Kaedah penguatkuasaan undang-undang hanya berkesan untuk mengawal perosak atau penyakit yang belum wujud di negara ini. Untuk mengekang perabakan perosak atau penyakit yang sedia ada pendekatan kuarantin diamalkan. Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang yang ditetapkan.

Kawalan cara undang-undang
Kaedah
• Kuarantin
Bahan tumbuhan yang dibawa masuk dari luar negara harus diperiksa terlebih dahulu dan disahkan bebas daripada perosak atau penyakit
• Penghapusan
Kaedah ini penting dalam mengawal penyakit
hawar daun pokok getah dari USA. Bahagian
tumbuhan yang berpenyakit dikeluar dan
dihapuskan
Cara ini berkesan untuk menghapuskan
penyakit lenggai hitam koko yang disebabkan
oleh kulat Phytophora palmivora
• Peraturan
Peraturan yang dikuatkuasakan oleh Akta
Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan
Kuarantin Tumbuhan 1981
• Pensijilan
Biji benih dan bahan tumbuhan yang dibawa
masuk perlu mendapat sijil yang
mengesahkannya bebas daripada penyakit
sebelum digunakan
Akta Racun makluk Perosak 1974 pula
menetapkan peraturan bagi kedai-kedai
menjual dan menyimpan racun makluk
perosak


Pengurusan Bersepadu
Pengurusan Perosak Bersepadu adalah pendekatan sistem pengurusan yang melibatkan menggembleng beberapa kaedah kawalan perosak kea rah mengurangkan kerosakkan tanaman.
Sebelum pengawalan melalui Pengurusan Perosak Bersepadu dijalankan, beberapa perkara perlu dikaji terlebih dahulu seperti :
• Ekologi perosak
• Kos perlaksanaan
• Kaedah pengawalan yang berkesan
Kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu melibatkan penggunaan pelbagai jenis kaedah kawalan secara teratur dan saling melengkapi seperti:
• Penggunaan varieti resistan
• Amalan kultur
• Pemantauan dan ramalan perosak
• Kawalan biologi
• Penggunaan kimia secara bijaksana
Musuh semula jadi digalakkan bertambah di samping menjalankan kawalan secara kultur. Bahan kimia juga digunaklan secara terkawal supaya tidak mencemarkan alam sekitar.
Pendekatan Pengurusan Perosak Bersepadu mengalakkan petani mengguna pakai prinsip ekologi dalam pengurusan ladang di samping mengoptimumukan penggunaan sumber melalui pengurusan ekosistem yang cekap dan berkesan. Musuh semula jadi memainkan peranan dalam mengawal populasi perosak.
Kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu menghadapi beberapa masalah :
• Pengetahuan tentang ekologi perosak masih kurang
• Petani keberatan untuk menerima pakai kaedah ini
• Keberkesanan kawalan tidak tidak dapat dilihat dengan segera
• Tenik membiakkan musuh semula jadi perosak turut menimbulkan masalah
• Petani kurang berpengatahuan

Contoh Pengurusan Perosak Bersepadu
Kawalan Bersepadu Benah Perang
Langkah kawalan yang disyorkan bagi kawalan benah perang ialah :
• Tanaman varieti yang resistan terhadap bena perang
• Penggunaan baja nitrogen secara terkawal
• Mengamalkan penanaman serentak
• Elakkan semburan racun pada peringkat awal penanaman
• Elakkan penggunaan racun serangga yang mempunyai spectrum luas sekiranya semburan racun serangga perlu dibuat untuk mengawal perosak lain
• Mengenal pasti musuh-musuh semula jadi yang utama seperti labah-labah, Crytorhinus sp. dan kumbang pemangsa
• Racun serangga yang lebih khusus
• Penggunaan perangkap cahaya
• Pengawasan secara kerap oleh petani di kawasan yang terlibat
• Jika serangan didapati merebak, pengeringan sawah dapat mengurangkan populasi benah perang

1 comment:

  1. nice !
    follow me on http://pensilbengkok.blogspot.com/

    ReplyDelete