Penggunaan baja kimia mempunyai kelemahan contohnya larian baja nitrogen ke sumber air. Bekalan nitrogen yang berlebihan dalam sumber air akan menggalakkan pertumbuhan alga. Apabila alga dan tumbuhan akuatik mati, pereputan sisa-sisa tumbuhan itu akan mengurangkan bekalan oksigen.
Baja organik dibuat daripada sisa tumbuhan atau haiwan yang telah reput seperti tinja haiwan, kompos dan sisa pertanian. Baja ini dapat membaiki keadaan fizik tanah.
Baja dapat dibekalkan kepada tanaman melalui cara-cara berikut :
a. Taburan
Bahan baja ditabur secara sekata di atas permukaan tanah. Bahan baja yang biasa digunakan ialah CIRP. Bahan baja dibiar begitu atau kadang-kadang digaulkan bersama tanah biasanya selepas menyemai biji benih.
Baja juga boleh diletaka pada sekeliling pangkal pokok dan pembajaan ini juga dikenali sebagai pembajaan permukaan dan melibatkan penggunaan baja nitrogen.
b. Alur
Baja pepejal diletak dalam alur pada jarak 4 cm sebelah kanan dan kiri biji benih dan kira-
kira 5 cm di bawah biji benih. Baja juga boleh diletak dalam jalur 4 hingga 5 cm dalam sisi
barisan pokok. Pembajaan ini biasa dilakukan apabila pokok sudah berumur 4 hingga 8
minggu.
c.Poket
Pembajaan secara poket dilakukan pada pokok buah-buahan atau pokok yang ditanam
secara tunggal. Lubang-lubang poket digali sedalam 10 – 15 cm di hujung kanopi kerana
bahagian ini merupakan bahagian zon akar yang aktif. Baja diletakkan dalam lubang-lubang
poket dan ditutup semula.
d.Semburan daun
Larutan cecair baja boleh disembur untuk merawat kekurangan nutrien tertentu, khasnya
mikronutrien. Larutan baja dicampur dengan racun perosak untik disembur pada masa yang
sama bagi menjimatkan tenaga.

Kelebihan dan kekurangan menggunakan baja kimia
Kelebihan Kekurangan
• Baja kimia disediakan dalam bentuk granual yang mudah digaulkan dengan tanah
• Baja kimia dapat dibekalkan kepada tumbuhan melalui semburan daun
• Baja kimia membekalkan nutrien tunggal atau lebih daripada satu nutrien
• Baa kimia disediakan dalam kandungan nutrien yang tinggi untuk menjimatkan ruang penyimpanan serta kos pengankutan • Baja kimia yang diletakkan terlalu dekat dengan biji benih merosakkan biji benih itu.
• Baja kimia yang berlebihan menyebabkan kerosakkan secara langsung kepada tumbuhan
• Baja jenis nitrat ataupun ammonium sulfat meninggalkan kesan keasidan kepada tanah
• Baja kimia berlebihan akan mencemarkan bekalan air bawah tanah.

Pengapuran
Bahan kapur ialah bahan yang mengandungi kalsium (Ca). Keberkesanan bahan kapur ditentukan oleh kehalusan bahan kapur dari kandungan bahan kimianya.
Tujuan pengapuran ialah :
a. Mengurangkan keasidan tanah
Tanah berasid dirawat dengan bahan kapur untuk mengurangkan keasidan tanah. Bahan
kapur ditabur rata dan digaulkan dalam tanah.
b.Membekalkan nutrien tumbuhan
Kapur membekalkan kalsium dan magnesium untuk kegunaan tumbuhan
c.Membaiki agregat tanah
Bahan kapur meneutralkan cas-cas negatif pada kumin-kumin tanah dan menggalakkan
kumin-kumin tanah ini bercantum. Selepas pengumpulan berlaku, kumin-kumin tanah
dilekatkan oleh pelekat yang dihasilkan oleh pereputan bahan organik. Melalui proses ini
lebih banyak agregat tanah terbentuk. Ia dinamakan proses pengagregatan tanah.
Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum pengapuran ialah :
a. Jenis tanaman
Tanaman yang toleran terhadap keadaan tanah yang berasid tidak memerlukan bahan kapur
yang banyak untuk merawat tanah itu.
b.Jenis bahan kapur
Kapur dolomit merupakan bahan kapur yang murah didapati dan boleh membekalkan kalsium
dan magnesium. Batu kapur tohor kandungan kalsiumnya tinggi, kurang kaustik, tetapi tidak
mudah digunakan
c.Jenis tanah
Tanah asid sulfat dan tanah gambut boleh dirawat dengan bahan kapur. Kuantiti bahan kapur
yang digunakan adalah berbeza mengikut jenis tanah.
d.Kandungan bahan organik
Bahan organik dapat menyerap kation seperti hidrogen (H+). Ion-ion hidrogen yang terjerap itu
akan menentang tindakan kapur untuk mengubah pHnya.

Pemugaran
Pemugaran adalah proses memecah dan melonggarkan keadaan tanah yang padat. Ia merangkumi kerja menggembur tanah dan menghapuskan rumpai.
Operasi pemugaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pemugaran primer dan pemugaran sekunder. Pemugaran primer merupakan kerja yang mula-mula sekali dijalankan sebelum menanam. Pemugaran sekunder dilakukan selepas operasi pemugaran primer.
Alat pemugaran primer seperti bajak sepak, bajak piring, bajak putar dan abajak pahat digunakan untuk memugarkan tanah padaa aras yang lebih dalam.
Alat pemugaran sekunder seperti bajak sikat dan bajak penggembur digunakan untuk menggemburkan tanah dan menghaluskan keadaan tanah di lapisan atas atau pada paras yang cetek. Alat pembatas digunakan dalam pemugaran sekunder.
Pemugaran yang lebih kerap tidak digalakkan kerana merosakan struktur tanah, kumin tanah yang terdedah mudah dilarikan oleh air hujan.

Tujuan Pemugaran Primer
a. Menyediakan permukaan tanah yang sesuai untuk dikerjakan oleh alat pemugaran sekunder
b. Memotong dan membalikan tanah
c. Memecah dan melonggarkan lapisan tanah keras

Tujuan Pemugaran Sekunder
a.Menghasilkan keadaan tanah yang cukup halus untuk menanam atau menyemai.
b.Memusnahkan rumpai
c.Memncampur baja dan kimia pengawal perosak
d.Menimbus dan menggaul sisa tumbuhan
e.Memusnahkan dan mengawal perosak
f.Menyediakan batas tanaman

Pencegahan Dan Pengawalan Hakisan

Jenis-jenis hakisan tanah
a.Hakisan permukaan
Hakisan peringkat awal. Pada peringkat ini satu lapis nipis permukaan tanah akan hilang
b.Hakisan alur
Hakisan pada peringkat kedua. Apabila air terus mengalir, alur kecil akan terbentuk di
Permukaan tanah dan kemudian bertemu untuk menjadi aliran air yang lebih besar. Tanah
Dihakis semakin dalam dan alur yang lebih besar akan terbentuk.
c.Hakisan lurah
Jika hakisan di kawasan itu dibiarkan berterusan lurah akan terbentuk. Jenis hakisan ini
dinamakan hakisan lurah.Jenis hakaisan ini berlaku apabila air berlebihan dibiar bertindak
berterusan tanpa dikawal.

Prinsip pencegahan dan pengawalan hakisan tanah adalah :
a.Melindungi permukaan tanah daripada timpaan hujan atau larian air
b.Mengelakkan pengaliran air daripada melalui saluran sempit
c.Mengurangkan kelajuan larian air melalui amalan seperti membina teres, menanam
mengikut kontur atau membuat sungkupan.

Kaedah untuk mencegah hakisan tanah :
a.Menanam penutup bumi
Pelbagai jenis tumbuhan penutup bumi boleh ditanam untuk menutup permukaan bumi
Jenis tumbuhan kekacang seperti centro, puero dan calapo biasa digunakan. Tugas utama
Tumbuhan yang digunakan adalah untuk menutup permukaan tanah dengan sempurna.

b.Membuat teres
Amalan ini banyak dilakukan di tempat-tempat berbukit di Cameron Highlands. Amalan
Ini bertujuan untuk megelakkan air hujan daripada mengalir terus menerusi lereng-lereng
bukit
c.Menanam mengikut kontur
Amalan ini biasanya dilakukan untuk kawasan di lereng-lereng bukit yang ditanam dengan
pokok-pokok getah dan kelapa sawit. Pokok-pokok yang ditanam mengikut kontur dapat
menghalang air hujan daripada mengalir menuruni sepanjang lereng bukit.
d.Membuat sungkupan
Sungkupan terdiri daripada sebarang bahan yang dapat diletakkan di atas permukaan
tanah untuk menghalang pengaliran air hujan. Selain sungkupan tanah mendapat faedah
apabila bahan organik itu mereput.
Kebaikan sungkupan :
i. mengelakkan hakisan tanah melalui timpaan hujan dan larian air
ii. mengelakkan pemadatan tanah melalui daya timpaan hujan atau laluan jentera.
iii. menurunkan suhu tanah apabila permukaan tanah dilindungi daripada cahaya matahari
secara terus.
iv. memulihara kelembapan tanah apabila sejatan air dapat dikurangkan
v. mengelakkan pertumbuhan rumpai kerana kekurangan cahaya matahari untuk biji benih
rumpai bercambah.
e.Menanam secara jalur
Tumbuh-tumbuhan yang ditanam mengikut jalur merentasi lereng bukit atau kawasan
curam bertujuan untuk menghalang air daripada mengalir terus di sepanjang kawasan
curam itu. Ini dapat menghalang tanah itu daripada dibawa oleh air.
f.Membina sistem peparitan
Sistem saliran yang terdiri daripada parit-parit dapat memindahkan air yang berlebihan dari
permukaan tanah. Apabila air mengalir dalam kuantiti yang banyak seperti semasa
berlakunya banjir, kerosakkan tanah sangat serius.

No comments:

Post a Comment