Peranan nitrogen, fosforus dan Kalium dalam tumbuhan

Unsur Utama Nutrien Peranan Dalam Tumbuhan Gejala Kekurangan
Nitrogen Komponen protein utama diperlukan untuk menghasilkan klorofil. Kehadiran nitrogen mempercepat proses tumbesaran tumbuhan dan melebihkan hasil daun Klorosis (kekuningan) semua bahagian tumbuhan, bermula pada daun tua dahulu
Fosforus Kehadiran unsur ini mempercepat pengeluaran akar, bunga dan buah, mempercepat kematangan pokok dan menguatkan tangkai buah-buahan. Fosforus berperanan penting dalam penghasilan tenaga dan diperlukan di peringkat awal pembesaran tumbuhan Daun berwarna hijau tua pada amnya dengan kehadiran warna kemerahan atau ungu pada daun atau petiol pada sesetengah tumbuhan
Kalium Menolong mempercepatkan pengeluaran buanga dan buah serta tumbesaran tisu meristem. Turut menambahkan kekuatan pokok serta keupayaan menahan penyakit. Unsur ini diperlukan untuk metabolisme kanji, protein dan pengaktifan enzim Daun tua mengandungi tanda nekrosis (tisu mati) dengan tepi daun kelihatan seperti terbakar, daun muda mungkin menunjukkan klorosis antara urat daun

Amalan Untuk Membaiki Keadaan Tanah
Kesuburan tanah merujuk kepada keupayaan tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan.

Tanah Yang Bermasalah di Malaysia
a. Tanah asid sulfat
Merupakan sejenis tanah yang mengandungi tanah liat dengan pH kurang daripada 3.5.
Kandungan aluminium dan ferum yang tinggi menyebabkan tanah ini kurang subur.
b. Tanah gambut
Tanah gambut mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi serta saliran yang kurang
baik. Tanah ini tidak memberi sokongan kepada akar pokok besar. Tanah ini berasid dan
kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum, mobidenum dan
boron.
c. Tanah bris
Tanah bris mempunyai kandungan pasir yang tinggi dan tidak berstruktur. Tanah ini
mempunyai lapisan keras yang menghalang penembusan akar dan kurang daya
penyimpanan air. Kekurangan air pada musim panas dan pHnya adalah sekitar 4.3 hingga
5.8.
d.Tanah bekas lombong
Mengandungi 80% pasir dan tidak berstruktur. Tanah bekas lombong terdiri daripada mineral
kuarza dan tidak mengandungi air yang banyak kerana peratus ruang rongga yang tinggi.
e.Tanah lempung
Tanah lempung ialah tanah yang mengandungi kandungan liat yang tinggi. Kandungan liat
yang tinggi menyebabkan tanah itu menjadi lekit apabila basah dank eras apabila kering.
Jenis tanah ini mempunyai saliran yang kurang baik kerana mempunyai kadar peresapan air
yang rendah. Tanah ini juga sukar digemburkan.

Cara Membaiki Keadaan Tanah
a. Pembajaan
b. Pemugaran
c. Pengapuran
d. Pencegahan pengawalan hakisan tanah

Pembajaan
Baja dapat dikelaskan sebagai baja kimia dan baja organik. Baja kimia terdiri daripada bahan kimia. Baja ini membekalkan satu nutrien utama atau lebih. Baja organik mengandungi nutrien utama tetapi dalam kuantiti yang lebih rendah daripad abaja kimia.
Baja juga dapat dikelaskan sebagai
a. baja lurus
b. baja campuran
c. baja sebatian
d. baa lengkap

Ciri-ciri baja
Jenis baja Ciri-ciri
Baja lurus Membekalkan satu nutrien utama, manakala baja campuran dan baja sebatian dapat membekalkan lebih daripada satu nutrien utama
Baja campuran Terdiri daripada bahan baja yang dicampur secara fizik tetapi tidak disebatikan.Baja ini biasanya mengandungi kandungan nutrien yang rendah
Baja sebatian Mengandungi nutrien yang telah disebatikan secara kimia. Kandungan nutriennya disediakan dalam pelbagai nisbah
Baja lengkap Mengandungi kombinasi semua nutrien utama yang diperlukan, iaitu nitrogen, fosforus, dan kalium. Mikronutrien, campuran enzim dan pengawal tumbuhan semula jadi juga terdapat dalam baja jenis itu.

Gred baja ialah kuantiti nutrien utama yang terdapat dalam baja. Gred baja ditunjukkan berdasarkan peratus nitrogen (%N), peratus fosforus pentoksida (%P2O5) dan peratus kalium (%K) yang dapat larut dalam air. Contoh baja dnegan gred 15-15-15 mengandungi 15 peratus nitrogen (%N), 15 peratus fosforus pentoksida (%P2O5) dan 15 peratus kalium yang larut dalam air (%K2O).

No comments:

Post a Comment